Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Definisi Jama'ah

Menurut bahasa, kata jamaah berasal dari al-ijtima’ yang bermaksud berkumpul atau bersatu. Namun jika lafaz jemaah dirangkaikan dengan as-sunnah, menjadi ahli sunnah wal jamaah, maka yang dimaksudkan ialah pendahulu umat ini iaitu mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in dan tabiut tabi’in yang bersatu mengikuti kebenaran yang jelas daripada Kitabullah dan sunnah Rasul-NYA s.a.w. (Harras, Syarah al-Wasithiyyah, hlm.16).
Demikianlah, apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat r.a merupakan kebenaran yang diteladani dan diikuti. Ketika Abdullah bin Mubarak  ditanya tentang al-jamaah, beliau menjawab “Abu Bakar dan Umar”. Ketika dikatakan kepada beliau bahawa Abu Bakar dan Umar telah wafat, beliau menjawab “fulan dan fulan”. Ketika dikatakan kepada beliau bahawa mereka juga telah wafat, beliau menjawab “Abu hamzah as-Sukri adalah jamaah” (al-Baghawi 1:205).